Ukiran kata di bibir yang indah...

Firman Allah yang bermaksud : “Ucapkanlah kata-kata yang baik terhadap manusia.” (Al-Baqarah : 82)

Mengenai ungkapan atau perkataan yang baik ini ada peribahasa yang mengatakan : “Diam adalah emas, berbicara adalah perak”. Maksudnya dari peribahasa tersebut, ucapan atau perkataan seseorang yang tidak berfaedah, dinilai laksana perak. Justeru itu dari berbicara yang tidak menentu, maka lebih baik baginya bersikap diam sahaja dan dengan demikian, harga diamnya itu laksana emas.

Mengingat sangat pentingnya perkara yang berkenaan dalam perkataan itu dalam mengatur hubungan antara sesama manusia, maka Islam sebagai satu-satunya agama yang sentiasa memperhatikan keselamatan bersama, memerintahkan supaya umat Islam memelihara lisannya.

Baik di dalam al-Quran mahu pun hadis, tidak sedikit terdapat petunjuk-petunjuk yang memberikan peringatan kepada kita supaya selalu melafazkan perkataan yang baik, yang mendatangkan faedah dan keuntungan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak akan tegak lurus iman seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya dan hati itu tidak akan dapat lurus, sebelum lidahnya jujur (terpelihara).” (HR. Ahmad)

Ulama-ulama serta pemimpin-pemimpin Islam dari zaman ke zaman, sentiasa memperlihatkan contoh supaya kita memelihara ucapan-ucapan dalam segala bidang kehidupan dan meninggalkan kata-kata mutiara yang berkenaan dengan perkara tersebut, untuk dapat dijadikan pedoman. Sebagaimana Ali bin Abi Talib mengatakan: “Lidah orang yang berakal terletak di belakang hatinya, hati orang yang bodoh terletak di belakang lidahnya.”

Dalam kata mutiara yang lain pula ada disebutkan: “Kalau berjalan peliharalah kaki, kalau berkata peliharalah lidah.”

Kalau dilihat sepintas lalu, apalah ertinya lidah, ia hanya sekadar daging kecil yang ada dalam mulut manusia yang sempurna. Sebab kalau tanpa lidah, seorang manusia itu akan kekurangan dan manusia yang tanpa lidah, bertukar nama menjadi manusia bisu yang tidak dapat berbicara.

Dengan lidah pula orang dapat menikmati makanan yang lazat, oleh kerana itu, lidah adalah merupakan nikmat dari Allah SWT yang sangat besar ertinya dalam kehidupan manusia. Lidahlah yang mencipta segala bahasa. Lidahlah yang memberi suara semua fikiran dan cita. Lidahlah yang memberikan keindahan terhadap lagu dan irama. Lidahlah yang dapat membuat hati yang rindu menjadi mesra dan lidah pulalah yang dapat memberikan nasihat sehingga yang bergelora menjadi tenang.

Sebaliknya lidah pulalah yang dapat membalikkan kata-kata, dari lidah pula keluarnya kata-kata yang berbisa dan dari lidah pula menyebabkan keluarnya syair yang mengatakan: ”Masih ada harapan sembuh kalau pedang menusuk tubuh, kemana ubat hendak dicari kalau lidah menusuk hati.”

Oleh kerana itu berhati-hatilah dengan lidah, sebab dengan lidah dapat menimbulkan bencana dan fitnah, lidah juga dapat membuat orang yang bersaudara menjadi porak peranda dan lidah pula yang dapat membuat orang yang bersatu menjadi pecah.

Tingkatan Makrifat – Ibn Hajar Al-Asqalami

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran