Bidayatul Hidayah - Menjaga Mata

Mata sebenarnya diciptakan oleh Allah Taala untuk engkau dapat melihat segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat melihat dengan matamu akan keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi, sehingga engkau dapat mengambil iktibar daripadanya.

Maka peliharalah matamu daripada empat perkara :

  1. Melihat perempuan yang bukan mahram
  2. Melihat gambar-gambar lucah yang membangkitkan syahwat
  3. Melihat orang dengan pandangan penghinaan
  4. Melihat keaiban orang lain

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran