Bidayatul Hidayah - Menjaga Telinga

Hendaklah engkau jaga telingamu daripada mendengar perkara bida’ah atau seumpamanya atau perkataan yang jahat atau perkataan yang sia-sia atau menyebut-nyebut kejahatan orang lain.

Sebenarnya telingamu diciptakan Allah untuk engkau dapat mendengar akan Al Quranul karim dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan hikmah-hikmah para auliya maka gunakanlah telingamu untuk mendengarkan ilmu pengetahuan sehingga dengan itu engkau dapat mencapai kerajaan yang kekal dan kenikmatan yang abadi (di dalam syurga).

Dan apabila engkau menyalahgunakan nikmat pendengaranmu seoerti engkau mendengar akan maksiat maka bermakna engkau telah mengkhianati terhadap dirimu sendiri dan engkau menyalahgunakan suatu alat yang sepatutnya engkau gunakan untuk mencari keuntunganmu. Maka inilah yang dinamakan rugi yang sebenarnya. Dan janganlah engkau berkata bahawa dosa memperkatakan orang itu hanya tertentu bagi orang yang berkata sahaja tetapi dosa itu juga akan terkena kepada orang yang mendengar perkataan itu. Sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat.“

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran