Hidayah Salikin : Adab Orang Belajar

Adab murid terhadap guru itu ada beberapa perkara. Tetapi Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala menyebutkan di dalam kitab ‘Biyadatul Hidayah’ sebelas perkara.

  1. Apabila ia mendapatkan gurunya maka ia hendaklah mendahulu pada memberi salam.
  2. Jangan banyak berkata-kata di hadapan guru.
  3. Jangan berkata-kata apa yang tiada ditanya olehh gurunya.
  4. Jangan bertanya guru sebelum meminta izin daripadanya.
  5. Jangan menyangkal perkataan guru dengan mengatakan si polan menyalahi apa yang engkau katakan dan sebagainya.
  6. Jangan memberi isyarat kepada gurunya dengan sesuatu yang menyalahi bicara gurunya yang membawa sangkaan kononnya dia terlebih besar daripada gurunya. Yang demikian itu kurang adab terhadap gurunya dan kurang berkat.
  7. Jangan berbisik-bisik dengan rakan yang sama-sama duduk di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan ketika dihadapan guru, tetapi hendaklah ia duduk tunduk beradab seolah-olah ia berada di dalam sembahyang.
  9. Jangan banyak bertanya ketika guru segan berkata atau letih.
  10. Apabila guru berdiri maka ia hendaklah turut berdiri kerana mentakzimkan guru dan jangan diikuti pada ketika ia bangun itu, dengan pertanyaan atau soalan dan jangan bertanyamasalah ketika ia sedang berjalan hingga ia sampai ke rumah atau ke tempat duduknya.
  11. Jangan jahat sangka terhadap guru pada segala perbuatan yang zahir yang menyalahi iktikadnya atau perbuatan guru itu bersalahan dengan pengetahuan atau adatnya, kerana guru itu terlebih mengetahui dengan segala rahsia syariat seperti hikayat Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s. Maka perbuatan Nabi Khidir memecahkan perahu orang yang ia tumpanginya, membunuh kanak-kanak kecil yang belum berdosa. Pada zahirnya perbuatan itu menyalahi syariat, sebab itu pada permulaannya Nabi Musa mengingkarinya, tetapi pada hakikatnya tiada menyalahi batin syariat, sebab itulah pada akhirnya Nabi Musa membenarnya.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran