Hidayah Salikin : Menjauhi Maksiat Batin

Wahai saudara kami yang menuntut negeri akhirat...
Ketahuilah bahawa yang dikehendaki dengan maksiat yang batin itu ialah segala perangai kejahatan dan sifat kecelaan yang di dalam hati. Ia amat banyak tetapi yang disebut oleh Imam Al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala di dalam kitab 'al-Arbaiin fi Usuluddin' adalah :
Maksiat batin sepuluh perkara:
1. Sangat gemar kepada membanyakkan makan
2. Sangat gemar kepada membanyakkan percakapan
3. Marah
4. Dengki
5. Kikir dan kasihkan kepada harta
6. Kasihkan kemegahan
7. Kasihkan dunia
8. Membesarkan diri
9. Berbangga dirinya
10. Menuntut martabat pada hati makhluk supaya dapat kemegahan padanya.

Maka wajib ke atas orang mukalaf yang akil dan baligh yang berkehendakkan kemenangan negeri akhirat bahawa mereka menyucikan hatinya dari sifat-sifat kecelaan ini kerana:
1. Allah berfirman ertinya: "Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang menyucikan hati mereka daripada tercela".
2. Dan sabda Nabi s.a.w.ertinya : "Menyucikan hati daripada sifat yang tercela itu sebahagian daripada iman".

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran