
Berdasarkan sunnah Nabi, orang Islam diharuskan meninggalkan tempat persidangan arak, termasuk juga berduduk-duduk dengan orang yang sedang minum arak. Diriwayatkan dari Umar ra. Bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw. Bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah duduk pada satu hidangan yang padanya diedarkan arak. (HR Ahmad). Dalam sebuah kisah diceritakan. Bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan persidangan itu, sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka. Dan diriwayatkan pula bahawa pernah ada satu kaum yang diadukan kepadanya kerana minum arak, kemudian beliau memerintahkan agar mereke semua didera. Lantas ada orang yang berkata: Bahawa diantara mereka itu ada yang berpuasa! Maka jawab Umar: Dera dulu dia!