Ringkasan Shahih Al-Bukhari : Dosa orang yang bangkit dari sujud mendahului Imam

Diriwayatkan dari Abu Hurairahr.a. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Tidak takutkah mereka bangkit dari sujudnya mendahului imam, kelak kepalanya diubah Allah menjadi kepala seekor keldai? Atau rupanya diubah Allah menjadi rupa keldai? (1:660-SA)

Buat Muslimah : Solat di rumah lebih afdal untuk wanita

Hukum wanita yang bersolat dirumah adalah sunat muaakad. Selain daripada keselamatan mereka lebih terjamin, Rasulullah s.a.w semdiri menggalakkan para wanita untuk bersolat di rumah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani, dari Ummu Salamah r.ha. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik masjid (tempat sujud) para wanita ialah rumahnya sendiri.” Terdapat beberapa pendapat daripada fuqaha: 1. Mazhab Hambali Sunat bagi kaum wanita berjemaah apabila terpisah daripada kaum lelaki, samada imamnya lelaki atau wanita. 2. Mazhab Syafi’i Sunat muakkad bagi wanita solat berjemaah di rumah. 3. Mazhab Maliki Sunat solat berjemaah bagi wanita dengan syarat, imamnya lelaki. Lebih afdal bagi wanita solat di rumah. 4. Mazhab Hanafi Wanita tidak disyariatkan untuk solat berjemaah di masjid kerana ditakuti terjadinya fitnah.

Nasehat Memperbaiki Rumah Tangga : Nasehat (15): Tidak Membolehkan Masuk Rumahmu kepada Orang yang tidak Baik Agamanya.

Betapa banyak, karena masuknya orang-orang yang rusak dan diragukan (agamanya) menjadi sebab timbulnya permusuhan di antara anggota keluarga, berpisahnya suami dari isteri. Allah melaknat orang yang menipu wanita dari suaminya atau sebaliknya, dan yang menyebabkan permusuhan antara bapak dengan anak-anaknya. Sungguh, tiada sebab-sebab terjadinya sihir di rumah atau terkadang kasus pencurian dan kerusakan akhlak kecuali dengan memasukkan orang yang tidak baik agamanya ke dalam rumah, karena itu hendaknya mereka tidak diizinkan masuk, meski dia adalah tetangga, laki-laki atau perempuan, atau orang-orang yang pura-pura cepat akrab dari laki-laki maupun perempuan. Sebagian orang terkadang agak sulit menolak, sehingga ketika ia melihatnya telah berada didepan pintu, ia mengizinkannya padahal ia tahu bahwa orang tersebut dari golongan orang-orang yang rusak. Wanita yang tinggal di rumah, mempunyai tanggung jawab besar dalam masalah ini. Maka hendaknya engkau, wahai wanita muslimah jangan berat hati jika suamimu atau ayahmu menolak salah seorang tetangga wanita masuk ke rumah, karena mereka tahu akan pengaruhnya dalam perusakan. Juga hendaknya engkau menahan diri jika wanita tersebut membandingkan antara suaminya dengan suamimu sehingga engkau tidak meminta kepada suamimu akan hal-hal yang ia tidak mampu memenuhinya. Engkau juga wajib menasehati suamimu, jika engkau melihat di antara kawan-kawannya di rumah ada yang suka mengajak suamimu kepada kemungkaran.

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Al-Quran Terbesar Di Dunia Dicipta


Sebuah kitab suci Al-quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul.

Ia secara tidak langsung menunjukkan kepada dunia, walaupun lebih 30 tahun terlibat dalam kancah peperangan, warisan Afghanistan yang kaya dengan budaya belum mampu dimusnahkan secara total.

Penulis khat, Mohammed Sabeer Khedri Hussani, 52, dan sembilan pelatihnya bertungkus-lumus bekerja selama 18 jam sehari, tujuh hari seminggu, untuk mencipta karya agung itu.

Sabeer memberitahu CBS News, Al-Quran tersebut dihasilkan kerana minat dan dia berbangga dengan pencapaiannya.

” Saya sangat gembira apabila ramai yang datang berhimpun setiap hari untuk melihat kaligrafi saya, bangga rasanya,” katanya.

Kitab suci yang berukuran lebih daripada tujuh kaki panjang dan lima kaki lebar itu telah diperakui sebagai Al-Quran terbesar di dunia oleh Kementerian Haji dan Hal Ehwal Agama Afghanistan.

Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing.

Sabeer berkata, kitab suci itu menelan belanja sebanyak sejuta dolar untuk dihasilkan.

Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi.

Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

” Saya mahu menggunakan seberapa banyak yang mungkin warna-warna yang menarik bagi membolehkan ia kelihatan cantik,” kata Hussani.

Kitab suci itu sebenarnya telah siap pada tahun 2009, tetapi disebabkan saiznya, sebuah bilik terpaksa dibina di pusat kebudayaan itu.

Pusat kebudayaan tersebut pada asalnya ditubuhkan sekitar tahun 80an dan pernah menempatkan 50 ribu judul buku, menjadi sebuah pusat perubatan dan sekolah yang mengajar kraf tradisional Afghanistan seperti tenunan permaidani.

Namun sebahagian besar daripada bangunan itu musnah pada tahun 1990 ketika berlakunya perang.

Para pengasas pusat itu telah memulihkan semula bangunan itu sejak kejatuhan kerajaan Taliban pada tahun 2001, dan Al-quran baru itu adalah barang pameran utamanya.

Tegur Menegur Yang Membina


Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada sesiapa yang menegur kita. Tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukan apa yang ditegur.
Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayyidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik. Lalu mereka bertanya: “wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?” Sayyidina Umar menjawab: “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”

Biasanya, manusia tidak suka pada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyak ego itu bergantung kepada bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi manapun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Agama adalah nasihat.” Kami pun bertanya: “Untuk siapakah wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam.” (Riwayat Muslim)

Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan sampai dilabel sebagai “cakap tidak serupa bikin”. Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, takut dikecam bak kata pepatah, “bagai ketam mengajar anak berjalan lurus”. Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Sesuai Tempat Dan Masanya

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.

Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk. Elakkan “memilih bulu” apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.
Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alasan, tiga faktor berikut harus diambil kira:
1. Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2. Pilih waktu yang sesuai untuk menegur.
3. Memahami kedudukan orang yang ditegur.

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl 16:125)
Marilah kita tegur-menegur sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara Mukmin. Berilah teguran dengan niat ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka.

Nasehat Memperbaiki Rumah Tangga - Pendidikan Keimanan untuk Anggota Keluarga


Dari Aisyah radhiallahu anha ia berkata: Suatu ketika Rasullah Shallallahu alaihi wasalam, mengerjakan shalat malam, ketika akan witir beliau mengatakan: "Bangunlah, dan dirikanlah shalat witir wahai Aisyah!". "Allah mengasihi laki-laki yang bangun malam kemudian shalat lalu membangunkan isterinya sehingga shalat, jika tidak mau ia memerciki wajahnya dengan air". Hadits riwayat Muslim, Shahih Muslim bi Syarh An-Nawawi, 6/23

Membiasakan dan menganjurkan para isteri dengan sedekah adalah sesuatu yang bisa menambah iman, ia adalah perkara agung yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam dengan sabdanya: "Wahai segenap wanita, bersedekahlah kalian. Sesungguhnya aku melihat bahwa kalian adalah sebanyak-banyak penduduk Neraka". Hadits riwayat Ahmad dan Abu Daud; Shahihul jami' , hadits no.3488

Di antara ide yang bagus adalah dengan meletakkan kotak amal di dalam rumah untuk orang-orang miskin, sehingga setiap wang yang masuk di dalamnya menjadi hak bagi orang-orang yang memerlukannya, karena itulah tempat dana mereka di dalam rumah orang muslim.

Jika anggota keluarga melihat seorang panutan yang membiasakan puasa pada ayyaamul biidh (pertengahan setiap bulan Qamariyah, yaitu tanggal 13, 14, 15), hari Senin dan Kamis, hari Asyura, hari Arafah, pada banyak hari di bulan Muharram dan Sya'ban, niscaya akan mendorong anggota keluarga yang lain untuk mengikutinya.

Bertayammum Daripada Hadas Besar


"Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?'

Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.'

Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. "

Isteri Sujud Kepada Suami


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi

Huraian Hadith:
Firman Allah SWT di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa..

Orang yang benar-benar berjaya adalah mereka yang membawa orang lain untuk berjaya bersamanya. Dalam keluarga, suami adalah seperti imam dengan makmum yang merupakan orang yang paling utama untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Bahkan kejayaan hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik terhadap isteri dan anak-anak hingga menjadi isteri dan anak-anak yang baik dan beriman. Suami yang bertanggungjawab seperti inilah yang wajib ditaati hatta boleh sampai ke tahap disembah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas.

Namun hari ini mungkin hanya sedikit dalam kalangan lelaki bergelar suami yang layak dikategorikan seperti di dalam hadis di atas lantaran banyak sekali pengabaian tanggungjawab yang dilakukan oleh mereka. Bahkan tidak dinafikan banyak sekali kes-kes ˜kaki suami' yang hinggap di pundak isteri mahupun anak-anak tanpa sebarang perasaan belas kasihan. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada mencari kesalahan isterinya sedangkan hak isteri tidak dipenuhi.

Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ˜penyejuk mata' melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ˜ketam berjalan' yang menjadi amalan kebanyakan kita. Jakim

Soal Jawab Agama - Jumpa Duit


Soalan : Jika terjumpa wang/barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan?
Jawapan : Wang/barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang/barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang . Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : “(Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau".(Riwayat Bukhari)
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Soal Jawab Agama - Tukang Masak Bukan Islam


Soalan : Apakah hukum makanan yang halal tetapi dimasak oleh orang cina (bukan Islam)?
Jawapan : Makanan yang halal yang dimasak oleh orang cina (bukan Islam) sekiranya di yakini kesuciannya, adalah halal. Jika peralatan memasak makanan yang bernajis dan diyakini penggunaannya, hukumnya adalah haram. Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam digalakan meninggalkan makanan yang diragukan sebagaimana sabda Rasullullah: "Tinggalkanlah apa yang kamu ragu-ragu kepada yang tiada keraguan"
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Kecelakaan Iblis Dan Kebahagiaan Adam


Muhammad bin Ad-Dauri berkata:
“Iblis celaka kerana lima perkara, iaitu tidak mengakui dosa, tidak mencaci dirinya sendiri, tidak berazam untuk bertaubat, berputus asa dari rahmat Allah. Sedangkan Nabi Adam memperoleh bahagia kerana lima perkara, iaitu mengakui dosa, merasa sedih atas dosa yang dilakukannya, mencaci dirinya sendiri, segera bertaubat dan tidak berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

Maksud dari kata-kata Muhammad bin Ad-Dauri di atas, Iblis mendapat celaka di keranakan oleh lima perkara iaitu:
a. Tidak mahu mengakui dirinya telah melakukan dosa.
b. Tidak pernah merasa sedih atas perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
c. Tidak pernah mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang ia lakukan itu.
d. Tidak mempunyai ‘azam atau berniat untuk bertaubat dari dosanya.
e. Berputus asa dari rahmat Allah.

Berbeza dengan Adam, walaupun ia pernah berbuat dosa, akan tetapi ia masih tetap menemukan kebahagiaan di keranakan lima perkara iaitu:
a. Mengakui atas perbuatan dosa yang dilakukannya dengan selalu berdoa: “Tuhan kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni dan tidak memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.”
Dari Aisyah sesungguhnya Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya seorang hambayang mengakui dosanya, lalu ia bertaubat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (HR. Bukhari & Muslim)
b. Merasa sedih atas perbuatan dosa yang telah ia lakukan. Dalam perkara ini Abdullah bin Mas’ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: “Barangsiapa yang berbuat suatu kesalahan atau berbuat dosa, selepas itu ia merasa sedih, maka yang demikian itu menjadi kifarat kepadanya.” (HR. Bauhaqi)
c. Ia mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang dilakukannya.
d. Dengan segera ia melakukan taubat, dengan cara mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
e. Dia tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah.

Tingkatan Makrifat: Ibn Hajar Al-Asqalami

Profil Hasan Al Basri


• Nama penuh beliau ialah al-Hasan Bin Yasar.
• Dilahirkan di Madinah sekitar tahun 30 hijrah.
• Beliau merupakan hamba lelaki yang telah dimerdekakan, milik seorang sahabat yang bernama Zaid bin Thabit r.a.
• Ibu beliau bernama Khairah, hamba perempuan yang telah dimerdekakan, milik Ummu Salammah, isteri Nabi s.a.w.
• Berpeluang menyusu dgn Ummu Salammah.
• Beliau pernah berguru dengan Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abu Talib, Abu Musa al-Ash’ari, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar.
• Al-Hasan meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah.

Antara Bicara Hikmah beliau:
“Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat. Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya bererti kamu semakin jauh dari yang satu lagi”. Solusi

Nasehat Memperbaiki Rumah Tangga - Jadikan Rumahmu sebagai Kiblat


Maksudnya, menjadikan rumah sebagai tempat beribadah. Allah berfirman: "Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya: "Ambillah olehmu berdua beberapa buah rumah di Mesir untuk tempat tinggal bagi kaummu dan jadikanlah olehmu rumah-rumahmu itu sebagai kiblat dan dirikanlah shalat serta gembirakanlah orang-orang yang beriman". (Yunus: 87). Ibnu Abbas berkata: "Maksud disuruh menjadikan rumah-rumah mereka sebagai kiblat yaitu mereka diperintahkan menjadikan rumah-rumah itu sebagai masjid-masjid (tempat beribadah)".
Hal ini menegaskan betapa pentingnya ibadah di dalam rumah-rumah, terutama dalam waktu-waktu lemah dan tertindas, demikian pula dalam beberapa kesempatan manakala umat Islam tidak mampu menampakkan shalat mereka di hadapan orang-orang kafir. Dalam hal ini kita juga perlu mengenang kembali mihrab Maryam, yakni tempat peribadatan beliau, sebagaimana disebutkan dalam firman Allah Ta'ala: "Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab ia dapati makanan di sisinya". (Ali lmran : 37) Para sahabat juga amat memperhatikan masalah shalat di dalam rumah mereka selain shalat fardhu.

Sebuah kisah di bawah ini menarik sebagai pelajaran bagi kita : "Dari Mahmud bin Ar-Rabi' Al-Anshari, bahwasanya Itban bin Malik - dia adalah salah seorang Sahabat Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam yang ikut serta dalam perang Badar, dari kaum Anshar - ia datang kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam lalu berkata: "Wahai Rasulullah!, pandanganku telah menipu tapi aku tetap shalat bersama kaumku, apabila turun hujan, mengalirlah air di lembah (yang memisahkan) antara aku dengan mereka sehingga aku (tak) bisa datang ke masjid mereka dan shalat bersama-sama, aku sangat ingin wahai Rasulullah, jika engkau datang kepadaku dan shalat di dalam rumahku sehingga aku menjadikannya sebagai mushalla (tempat shalat)". Ia berkata: "Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam bersabda kepadanya: "Akan aku lakukan Insya Allah"." Itban berkata: "Maka berangkatlah Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam dan Abu Bakar ketika siang (nampak) meninggi, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam meminta izin, lalu aku mengizinkan kepada beliau, beliau tidak duduk sebelum masuk ke dalam rumah lalu beliau berkata: "Di bagian mana engkau suka aku melakukan shalat dari rumahmu?" "Ia berkata: "Maka aku tunjukkan kepada beliau suatu arah dari rumahku, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam berdiri kemudian bertakbir, lalu kami semua berdiri membentuk barisan, dan Nabi Shallallahu alaihi wasalam shalat dua rakaat kemudian salam".

Dalam memetik pelajaran dari hadits di atas, Ibnu Hajar berkata: "Di situ merupakan pelajaran, agar kita menggunakan tempat tertentu untuk melakukan shalat dalam rumah. Adapun larangan untuk menjadikan tempat tertentu dalam masjid adalah hadits Abu Daud, dan itu jika ia lakukan untuk riya' atau yang sejenisnya. Menjadikan tempat tertentu dalam rumah untuk shalat bukan berarti menjadikan tempat tersebut sebagai wakaf - tidak berlaku padanya hukum wakaf - meski secara umum dikategorikan dengan nama masjid.

Hiburan Islam Penawar ‘Stress’


Stress ialah reaksi tabii tubuh badan manusia terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stress adalah fitrah manusia. Maksudnya stress ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia sangat bakhil.” (Al-Ma’arij:19-21)
Stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tidak sempurna. Dan stress antara bukti manusia tidak sempurna. Oleh sebab itu, dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stress. Sedikit stress diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.

Sepertimana stress adalah fitrah manusia, begitu juga dengan hiburan. Ia juga fitrah manusia. Walau seserius manapun kita dalam kehudupan, namun kita masih perlukan hiburan. Maha Suci Allah, Yang Menciptakan Stress, namun menciptakan hiburan untuk menanganinya. Ingatlah pesanan Sayidina Ali: “Apabila dipaksa membuat perkara yang tidak disukai, hati itu akan mati.”
Jika disingkap sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, kita akan bertemu dengan anekdot-anekdot yang menunjukkan mereka juga berhibur, Namun, hiburan yang dinikmati oleh generasi salafus-soleh itu tidak dicemari dengan elemen-elemen kemungkaran yang sangat sinonim dengan hiburan masakini. Lagu, muzik dan filem yang berleluasa kini sangat rapat dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas, cinta yang melalaikan dan pelbagai unsur lain yang haram dan sia-sia.

Hiburan sangat diperlukan oleh jiwa untuk kembali segar dan bertenaga bagi menempuh ujian yang datang dan pergi dalam hidup ini. Tanpa hiburan jiwa akan lesu dan layu. Dalam Islam, erti hiburan itu sangat luas. Ia tidak terhad pada perkara-perkara yang memang dikategorikan sebagai hiburan seperti lagu, muzik dan sebagainya. Tetapi apa-apa sahaja aktiviti atau perkara yang dapat mententeramkan hati dan menyenangkan fikiran, ia boleh dianggap sebagai hiburan. Ini termasuklah riadah, zikir, rehlah, melancong dan sebagainya.

Namun begitu, dalam Islam, hiburan tidak boleh tersasar daripada prinsip aqidah, syariat dan akhlak islamiah. Jangan ada unsur yang mencemarkan Tauhid, melanggar hukum syariat dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak islamiah. Selagi prinsip dan pelaksanaan hiburan itu bertepatan dengan tiga tonggak tersebut, maka hiburan itu akan memberi kebaikan kepada manusia.

Hiburan Asasi. Dalam ajaran Islam, hiburan asasi itu seperti iman, solat, membaca al-Quran, zikrullah, berselawat dan ibadah-ibadah lain sama ada asas atau sunat. Jika seseorang benar-benar beriman, jiwanya akan terhibur. Jika diuji dengan nikmat dia bersyukur. Jika diuji dengan kesusahan dia bersabar. Sabar dan syukur itulah hiburan sejati kepada orang yang beriman. Iman akan menghilangkan rasa bimbang, takut, sedih dan kecewa dengan hal-hal dunia. Begitu juga dengan solat. Ia adalah suatu kerehatan di jiwa. Bayangkan dalam solat seorang yang beriman, dia dapat merayu, mengadu, merintih dan mengharap kepada Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Mendengar.

Hiburan Sampingan Adalah Pemangkin. Apakah pula hiburan pemangkin dalam Islam? Nasyid, burdah, berzanji atau apa-apa sahaja bentuk hiburan yang dihalalkan dalam Islam berfungsi membawa manusia kembali kepada Allah. Dan ia hanyalah bertindak sebagai “pengajak” atau “pengiklan” kepada hiburan asasi. Oleh sebab itu jangan kita terkeliru dengan hakikat hiburan yang sejati. Solusi

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran